Tuesday, December 30
SELAMAT TAHUN BARU 2009
Saturday, April 26
Konspirasi Yahudi (Goyem)
2 – Keratan 2 – Konspirasi Yahudi
Dalam bahasa Arab di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia) yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Gerakan ini merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan “Satu Kerajaan Dunia”. (Lihat: Robison, John. “Proof of a Conspiracy”. Los Angeles. USA. Hlm. 57)
Organisasi ini ditubuhkan oleh seorang anggota Freemasonry Adam Weishaupt (Adam Weishaupt yang meninggalkan agama Kristian kemudian menganut fahaman Atheisme. Beliau adalah seorang professor theology di University Angold Stadt, Jerman dan meninggal dunia pada 1830M) pada 1hb May 1776 yang diabadikan di bawah logo Illuminati di setiap wang satu dollar Amerika Syarikat dengan tulisan Latin MD CCLXXVI yang maksudnya 1776. (Lihat: Carr. W.G Pawns In The Game) Dan mata wang Amerika mula diguna pada tarikh ini (1hb May 1776) iaitu bersempena tarikh ditubuhkan Illuminati.
Tarikh MD CCLXXVI atau 1776 telah dijadikan (diisytiharkan) sebagai hari buruh diseluruh dunia yang tidak ada kaitannya dengan tarikh deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat yang termaktub pada 4hb July 1776.
Bentuk piramid yang menjadi logo Iluminati tertulis di atasnya perkataan sulit iaitu ANNUIT COEPTIS bermaksud “Perjuangan Kita Yang Berjaya”. Di bawahnya pula tertulis “Novus Ordo Seclorum” bermaksud Orde Baru Sosial”.
Logo pertubuhan Illuminati terdapat di mohor Amerika Syarikat. Pada mohor Amerika Syarikat juga terdapat berbagai-bagai tanda-tanda sihir (occult). Contohnya: Nombor mistik 13 terdapat pada 13 bintang-bintang Nabi Daud, 13 daun-daun, 13 anak panah berserta perkataan Annuit Coeptis dan E Pluribus Unum dan 13 abjad. Batu-batu piramid disusun dalam 13 barisan. Piramid menunjukkan sebagai tanda merujuk kepada “Great Pyramid” di Gizeh, Mesir iaitu sumber segala ilmu sihir di zaman purba atau Segitiga Bermuda tempat tinggalnya Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis (Illuminati). Simbol mata di atas piramid bermaksud mata tuhan Yahudi “Lucifer” iaitu Iblis atau Dajjal yang melihat dan mengawal segala-galanya.
Angka 13 digunakan kerana anggota (ahli) Majlis Tertinggi bagi pertubuhan Illuminati berjumlah 13. Dan antara tugas utama mereka ialah memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa ‘alaihissalam dan 12 sahabatnya. No. 13 juga menunjukkan 13 suku (kabilah) Israil yang menyebabkan angka 13 menjadi angka rasmi dan penting. Dan wang Amerika pula telah dicipta oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illuminati bernama Pat Robertson. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 37–38)
-Dollar Amerika-


-E.Pluribus Onum-
YAHUDI PENCETUS REVOLUSI SEDUNIA
Suatu dokumen yang didedahkan oleh professor Nylos di Rusia pada tahun 1905M merupakan rancangan jangka panjang Illuminati sebagaimana yang dijelaskan oleh Mayer Rothschild kepada rakan-rakannya di Frankfurt pada tahun 1773. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 3–38) Rancangan yang telah diprogramkan ialah membiayai dan menguasai Gerakan Revolusi sedunia oleh pemodal elit antarabangsa yang berpengaruh yang tidak pernah taat kepada sebarang negara, sebaliknya menggugat semua negara. Satu carta “World Supra Government atau Kerajaan Tertinggi Sedunia” menunjukkan organisasi-organisasi lain yang dikuasai oleh kapitalis antarabangsa bekerjasama dengan CFR (Council Foreign Relations) yang terdiri dari kumpulan organisasi Anglo-Amerika yang merancang untuk mendirikan satu Kerajaan sedunia. (Lihat: None Dare Call It Conspiracy. Hlm. 88. Gary Allen)
Bank of England yang ditubuhkan pada 1694 atas desakan para pemodal bank antarabangsa agar Raja England meminjam wang darinya. Dimiliki oleh badan swasta dan diberi kebenaran mencetak wang bagi pihak kerajaan Britain sehingga menerima faedah atas semua wang yang dicipta daripada tangan yang kosong. (Lihat: The Enemy Within the Empire. Hlm. 3. Eric Butler) Walaupun Bank of England dimilik-negarakan pada tahun 1945, namun ia adalah penipuan, helah dan strategi untuk memperkuat kedudukan keluarga Rothschild agar dapat mencengkam ekonomi Britain kerana terpaksa menggunakan hanya mata wang yang dikeluarkan oleh Rothschild (Perkataan “Rothschild” dari perkataan Jerman bermaksud “Baju Besi” yang dimunculkan pada kurun ke 18M. Iaitu gelaran untuk sebuah keluarga Yahudi yang mendapat perlindungan khusus dari kerajaan Jerman) melalui Bank of England.
Walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk mengekang kuasa Bank Simpanan Bersekutu (FRB), namun pada hakikatnya FRB telah menguasai kerajaan dan mengawal semua urusan di dalam kongres dan mengawal semua perhubungan antarabangsa. Ini boleh memusnahkan kerajaan mengikut kehendak (kuasa) FRB. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54. E. Robert Archibald)
Pada hakikatnya yang berkuasa (Jawatankuasa yang menguasai perbendaharaan kerajaan Britain) di England adalah golongan pemodal elit Yahudi antarabangsa. Mereka berada di Bandar London menguasai pentadbiran yang dikuasai antara dua belas sehingga empat belas pentadbir. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)
Dengan kecekapan tipu helah, pemodal-pemodal Bank Yahudi Antarabangsa berjaya menubuhkan The Federal Reserve Bank of Amerika atau Bank Simpanan Persekutuan Amerika pada 23 Disember 1913. Melalui bank ini mereka berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988) Wang satu dollar Amerika Syarikat yang dipenuhi logo lambang gerakan Yahudi menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dikuasai oleh Yahudi. Dengan kejayaan Yahudi ini, mereka menguasai ekonomi dan politik di dalam dan di luar Amerika sehingga memberi kesan buruk kepada politik antarabangsa.
Pada tahun 1773M mereka telah menubuhkan “Grand Orient Freemasonary” di Eropah yang bermatlamat untuk menggunakan pergerakan Revolusi Sedunia untuk menganjurkan rancangan sulit mereka berasaskan ideology Talmud (Zionisme) untuk merealisasikan perjanjian Tuhan Yehova yang termuat di dalam Kitab Talmud agar Yahudi menguasai dunia dengan cara memusnahkan bangsa-bangsa lain (Goyem) untuk kemudahan dan keselesaan Yahudi “Umat yang terpilih”.
MENGUASAI EKONOMI BRITAIN MELALUI PENIPUAN
Keluarga Rothschild bangsa (keturunan) Yahudi menguasai ekonomi Britain melalui (Bursa Saham London), iaitu dengan membuat penyusunan strategi Stock Exchange London pada tahun 1815M setelah berlakunya peperangan besar antara Wellington (tentera Inggeris) dengan Napoleon (Perancis). Semasa kemuncak peperangan Nathan Mayer Rothschild menjual semua saham (consul) untuk memberi gambaran bahawa tentera Wellington akan menerima kekalahan yang mengakibatkan harga consul akan jatuh dengan teruk ke paras 5 sen setiap dollar. Nathan secara diam-diam membeli semula semua consul yang ada dengan harga yang paling rendah, kerana melalui perisiknya yang terbaik dia telah tahu bahawa tentera Wellington sebenarnya akan memenangi peperangan. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)
Setelah berita kemenangan tentera Wellington sampai ke Bursa Saham London, harga saham (consul) melambung naik dan Nathan mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Melalui kekuatan ekonominya di England, maka keluarga Rothshild mencengkam dan memperkuatkan pengaruh ekonominya di seluruh Eropah sehingga ke waktu-waktu berikutnya. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 32-44. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)
Apabila dikaji lebih mendalam mengenai persoalan Yahudi antarabangsa, pengkaji akan menemui kenyataan bahawa yang memainkan peranan dan kepentingn besar di Eropah adalah pemodal bank Yahudi antarabangsa, iaitu secara rahsia mereka memberi keputusan terhadap semua kerajaan-kerajaan. Begitu juga seluruh bumi Soviet telah ditewaskan melalui inisiatif pemodal-pemodal bank Yahudi Amerika dan di Eropah yang masih wujud hingga pada masa sekarang. (Lihat: Israel Our Duty Our Dilemma. Hlm. 155. Theodere Winston Pike) Di Amerika Syarikat pula yang paling berkuasa ialah Council Foreign Relations yang ringkasnya CFR atau Majlis Perhubungan Luar Negeri). Ia merupakan badan yang diurus dan dikuasai oleh para pemodal elit Yahudi antarabangsa.
YAHUDI MENGUASAI EKONOMI AMERIKA & DUNIA
Pada tahun 1988 para pemodal elit (Yahudi) antarabangsa (seperti Rothschild Bank of London, Berlin, Lazard Brothers Bank of Hamburg, Amsterdam, Lehman Brothers Bank of New York dan pemilik Goldman Sachs Bank of New York) telah berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat melalui dua belas Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Banks). (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Act) pada 23 Disember 1913 yang memberi kuasa kepada 12 Bank Persekutuan untuk mencetak wang dollar Amerika Syarikat. Akta ini adalah suatu penipuan besar yang bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat, kerana kebenaran mencetak wang hanya diberikan kepada Agensi Kerajaan sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Anehnya, tidak ada jaminan sebarang harta atau apa-apa pun yang dilabur oleh para pemilik Bank Persekutuan sebagai modal untuk mencetak wang Amerika kecuali tinta (dakwat) dan kertas sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)
Adapun perancang utama (master mind) yang merangkakan kegiatan Bank Simpanan Persekutuan adalah Alfred Rothschild (Yahudi) dari London. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Pada bulan Jun 1982 faedah yang dibayar bagi hutang negara Amerika ialah sebanyak US$ 1 trillion kepada Bank Persekutuan ialah sebanyak US$ 100 billion setiap tahun. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 52. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)
Ingatlah bahawa Amschel Rothschild memberi amaran!:
“Let me issue and control a nation’s money and I care not who writes it’s laws”. Bermaksud: “Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak akan peduli siapa yang menentukan undang-undang kewangan”.
Logiknya apabila Yahudi telah menguasi sistem kewangan Amerika, maka Yahudi akan menguasai seluruh Amerika Syarikat bermula dari pegawai eksekutifnya, kongres, seluruh bahagian ketenteraan, media massa, pendidikan, undang-undang dan semua kegiatan Amerika Syarikat. Oleh itu, hanya Yahudi yang boleh menentukan siapakah yang layak diangkat menjadi Presiden dan boleh dijatuhkan oleh mereka sebagaimana yang telah berlaku.
Setelah parti komunis Bolshevik mengambil alih dan kuasa di Soviet Rusia pada tahun 1918M ternyata 90% pegawai-pegawai pemerintah di Rusia dikuasai oleh Yahudi dari New York, Jerman, England dan negara-negara Eropah. Kerana 447 orang ialah Yahudi, 30 Rusia, 34 Letts, 22 Armenian, 12 Jerman dan 8 bangsa-bangsa lain. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Kenyataan ini terjadi sama seperti yang telah dirancangkan oleh pemodal Elit Zionist antarabangsa dari Amerika, Jerman dan England.
Sebenarnya orang-orang yang menjadi tulang belakang gerakan Komunis Rusia bukanlah para buruh yang tertindas, tetapi adalah pergerakan para elit antarabangsa yang ingin menindas dan menghambakan suatu bangsa dan Kerajaan Beraja Kristian yang terbesar di Asia. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Semua bentuk media massa utama antarabangasa di Barat dimiliki oleh kumpulan sulit ini. Semuanya yang berkaitan dengan pergerakan Komunis dan Sosialis dirahsiakan dan ditutup dari pengetahuan orang ramai.
Lampiran:


1 - Melihat Struktur Dollar Amerika
Struktur piramid bermata satu pada puncak piramid “Great Pyramid” (Annuit Coeptis), pada sebelah kiri, dan juga dapat diperhatikan gambar helang (owl) yang dikaitkan dengan angka 13.
Link 1 - http://www.youtube.com/watch?v=J0Sn40eGvW4&feature=related
Link 2 - http://www.youtube.com/watch?v=yFqNy1iJEbg&feature=related
Link 3 - http://www.youtube.com/watch?v=evk-wyyTQFE&feature=related
2 – Lucifer & Baphomet
Link 1 - http://www.youtube.com/watch?v=GegaMEg-CA0
Link 2 - http://www.youtube.com/watch?v=476iyM2NKm4&feature=related
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/04/58-konspirasi-yahudi-goyem.html"
Friday, April 25
Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu
berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain
sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah
mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman
mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin
namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan
memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan
sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk
berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa
mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu
pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW
menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah
tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan
yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam
hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah,
yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang
Patriotisme Islam, Barat berbeza
Berita Harian
PERSEKITARAN mempunyai kesan terhadap diri seseorang, maka sudah tentu menyebabkan ia kasih kepada tempat kelahiran dan negaranya. Ada dalam satu peribahasa yang menyebutkan kecintaan kepada negara sebahagian daripada iman.
Kecintaan kepada tanah air akan menyebabkan seseorang inginkan kemerdekaan dan menghargai nikmat kemerdekaan diberikan Allah. Perkara itu satu kesyukuran dan apabila manusia bersyukur kepada Allah ia adalah ibadat sementara ibadat sebahagian daripada iman. Oleh itu, kecintaan kepada negara adalah sebahagian daripada keimanan.
Rasulullah SAW amat sayang kepada tanah air Makkah. Baginda SAW menjalankan dakwah di sana selama 13 tahun menyeru penduduk dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Walau bagaimanapun, golongan yang menerima dakwahnya hanya sedikit.
Ketika di pinggir kota Makkah, Rasulullah SAW menoleh ke belakang dan berkata: “Demi Allah, kamu adalah negara yang paling dikasihi Allah. Demi Allah, kamu adalah negara yang paling dikasihi di sisi aku, dan jika tidak penduduknya yang mengusir maka aku tidak akan meninggalkannya.”
RAKAMAN UNIK PERTEMBUNGAN DUA GALAKSI



RAKAMAN UNIK PERTEMBUNGAN DUA GALAKSI: GAMBAR disiarkan semalam menunjukkan kejadian menakjubkan pertembungan antara dua galaksi dikenali Arp 148, yang menyebabkan wujudnya galaksi berbentuk cincin berserta ekor panjang akibat perlanggaran itu. Rakaman unik Arp 148, yang turut digelar �objek Mayall� terletak di buruj Ursa Major pada kedudukan kira-kira 500 juta tahun cahaya dari bumi. Ia adalah sebahagian daripada koleksi besar 59 imej cantuman galaksi diambil oleh Teleskop Angkasa Lepas Hubble Amerika Syarikat disiarkan sempena ulang tahun ke-18 peralatan itu, semalam.
Thursday, April 24
Satu bahasa, satu bangsa
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas: Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) kerana ``Bahasa Jiwa Bangsa''.
Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan.
Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.
Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme.
Perlu ditegaskan bahawa, dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan - bukannya bahasa-bahasa asing.
Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Justeru, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa yang maju-moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Mendaulatkan bahasa kebangsaannya, menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia pada nusanya yang satu.
Secara jujur, perlu diakui bahawa kita belum mematuhi acuan tersebut. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya.
Persoalannya, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa, seperti yang terpancar menerusi slogan ``Bahasa Jiwa Bangsa''? Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan (bukannya bahasa asing atau bahasa ibunda) yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan bahasa kebangsaan yang menjadi bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada nusa tercinta.
Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam segenap bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden.
Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya disangsikan oleh sesiapa pun.
Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri.
Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat, sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing.
Justeru, akan tercapaikah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika rakyat tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka sendiri?
Penting
Sehubungan itu, kita perlu memperbetulkan beberapa kesilapan mengenai konsep bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.
Pertama, sejak bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, ia bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru, bahasa Melayu dengan sendirinya menjadi hak milik orang Cina dan India yang menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu juga. Lebih penting lagi, bahasa Melayu itulah yang menjadi bahasa kebangsaan orang Cina-India yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Kedua, apabila orang Cina-India telah diberikan hak kerakyatan dan menjadi warganegara yang sah, taraf bahasa Mandarin-Tamil dengan sendirinya menjadi bahasa asing kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi-kebangsaan China dan India. Ini juga bermakna bahasa Mandarin-Tamil bukanlah bahasa ibunda mereka lagi kerana mereka telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Alangkah anehnya, mereka diterima menjadi warganegara (seterusnya Malaysia), tetapi mereka masih mengatakan bahasa Mandarin-Tamil sebagai bahasa ibunda mereka. Ketersilapan ini perlu diperbetulkan hatta dalam perlembagaan negara sekalipun!
Jika ditinjau semula akar sejarahnya, sejak 1957, (lihat pecahan fasal Perkara 153) kesilapan ini tidak pernah dipinda, walhal bercanggah dengan hakikat sejarah kenegaraan Malaysia. Kesilapan inilah yang menjadi antara pemunca utama yang mengakibatkan peranan bahasa kebangsaan terus ditenggelami oleh gerakan mendaulatkan bahasa-bahasa asing, khasnya sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Oleh itu, saranan dan gesaan mujahid-mujadid bahasa kebangsaan (seperti Gapena dan Awang Sariyan dalam Mingguan Malaysia, 5 Mac 2006) amatlah wajar dilaksanakan secara tuntas. Masanya telah hampir-hampir nazak, tetapi belum lagi terlambat. Keazaman politik amat diperlukan.
Jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, bahasa asinglah yang beruntung kerana ia akan terus kekal sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden; sebaliknya bahasa Malaysia akan terus mundur dan `mandul' di negaranya sendiri.
Perlu ditegaskan bahawa kita bukan antibahasa asing. Prinsip kita jelas dan tegas: Pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.
- Nordi Achie, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
CD-Rom pembelajaran : Falsafah dan teori
Sumber:Portal Pendidikan Utusan
Oleh: Cikgu WanSEJAK kebelakangan ini Kementerian Pelajaran dan pusat pengajian tinggi melihat ke arah pembelajaran secara elektronik sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami konsep bagi subjek yang diajar.
Sebagai contoh, dalam program Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) penggunaan perisian kursus dilihat dapat membantu guru dan pelajar.
Ketika projek rintis Sekolah Bestari pula sebanyak 1,494 judul perisian bagi Mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dihasilkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan kerjasama syarikat swasta.
Pembangunan perisian perlu seiringan dengan teori pembelajaran.
Berikut ialah pengalaman saya yang ingin saya kongsi bersama pembaca:
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM PERISIAN
Pendekatan dalam membina perisian mengambil kira teori pembelajaran untuk memastikan pembinaan dibuat dengan terancang dan bermatlamat. Teori-teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif, Teori Andragogi dan Teori Kontekstual.
Penerangan mengenai teori-teori pembelajaran yang dinyatakan akan menyentuh aspek bagaimana ia diguna pakai dalam perisian.
a. Teori Behaviourisme
Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.
b. Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman . Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
Pendekatan Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti:
1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada.
2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.
5. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.
6. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.
c. Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
Perisian dibina dengan bermatlamat. Dengan cara ini pengguna perlu menggunakan struktur intelek untuk mengorganisasikan pengetahuan, seterusnya menghasilkan projek yang inovatif dan kreatif.
d. Teori Andragogi
Perisian dibina untuk diguna pakai oleh pelajar sama ada secara kumpulan atau bersendirian. Perisian ini bertujuan untuk memberikan satu alternatif kepada guru-guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer.
Teori Andragogi dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997).
Teori ini mengatakan bahawa golongan orang dewasa ialah terarah kendiri dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan keputusan yang mereka buat.
Perisian yang dibina mengambil pendekatan teori Andragogi.
Objektif setiap perisian dinyatakan dengan jelas.
Setiap kemahiran yang cuba diterap merupakan aktiviti 'hands-on'.
aktiviti di dalam perisian ini tidak berbentuk hafalan malah lebih kepada mengaitkan hubungan sebenar persekitaran dengan hasil yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.
Pelajar menjalankan aktiviti dengan terarah kendiri. Menu perisian disediakan supaya pengguna atau pelajar boleh membuat pilihan pembelajaran kerana pembelajaran merupakan tanggungjawab mereka sendiri.
e. Teori Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran hanya akan berlaku jika pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang dapat dikaitkan dengan persekitaran mereka. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika persekitaran memberi makna dalam pembelajaran yang sedang berjalan.
Pembina akan memasukkan unsur-unsur persekitaran dalam binaan perisian supaya pengguna dapat menghubungkan pembelajaran mereka dengan persekitaran. Perisian ini menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Guru-guru atau pengguna akan menjalankan aktiviti membina grafik lukisan yang memerlukan pengguna menggunakan perkaitan benda hidup di persekitaran seperti pokok dan rama-rama.
Mengaitkan persekitaran tersebut akan memberi hasilan yang baik dan realistik seperti mewarnakan pokok serta rama-rama yang dilukis.
Tuesday, April 22
Kegemilangan Bolasepak Kedah
1987, 1988 dan 1989
Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak.
Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2
1990
Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.
Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.
1992
Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.
1993
1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien.
Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.
1996
Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA.
Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.
2004
Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.
2007
Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.
Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.
SUMBER: www.hijaukuning.com
Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?
Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas. Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.
Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.
Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.
Tugas Guru Dijadikan Nilaian
Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.
Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..
Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.
Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.
Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya.
sumber: http://jarumemas.blogspot.com
Dr Mahathir: Saya Bukan Anti Barat Tapi Akan Terus Tunjukkan Kesalahan
"Saya bukannya anti barat, (tapi) saya menentang perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh negara-negara barat," katanya.
Beliau berkata orang barat, terutamanya British, menggelarkan orang Melayu dengan nama-nama yang negatif seperti malas serta tidak cekap, dan menjangka mereka (orang Melayu) akan menyukainya.
Beliau berkata oleh itu, orang barat juga perlu bersedia mendengar mengenai apa yang difikirkan oleh orang lain.
"Orang British memanggil kami Melayu malas, Melayu tidak cekap, tidak boleh dipercayai. Kita tidak dapat berkata apa-apa mengenai anda, jadi bila saya berada dalam kedudukan untuk berkata mengenai apa yang fikirkan tentang anda, dan kemudiannya anda katakan anda tidak sukakannya.
Bila anda katakan kepada kami, anda jangka kami untuk menyukainya, kami tidak menyukainya tapi kami tidak ada cara untuk manjadikan suara kami didengari," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa ditemuramah dalam rancangan "Hard Talk" yang disiarkan oleh BBC di London hari Isnin. Beliau mengakui pernah mengatakan bahawa Anglo-Saxon Eropah adalah penyokong peperangan, perhambaan dan 'holocaust'.
"Ia benar... Saya berkata benar. Ini adalah karektor mereka dan saya akan terus berkata demikian," katanya.
Berhubung demokrasi, Dr Mahathir mempertahankan corak sistem yang diamalkan di Malaysia.
"Tidak semestinya sistem itu akan berjalan lancar bagi setiap orang, tapi jika ada pemimpin yang tidak baik, sistem demokrasi sekalipun akan gagal.
"Anda perlu ingat bahawa sebuah demokratiklah yang menjatuhkan bom atom yang membunuh lebih 200,000 orang," katanya.
Beliau berkata sekiranya dilihat kepada sejarah barat, mereka akan temui bahawa orang barat biasanya akan menampilkan pelbagai jenis ideologi.
"Mereka menggunakan ia untuk seketika dan kemudiannya mereka mendapati ia rosak. Mereka buangkannya dan mulakan yang lain. Satu hari, mereka akan melupakan demokrasi kerana di beberapa negara demokrasi biasanya akan berakhir dengan anarki, dan secara praktiknya kerajaan tidak wujud," katanya.
Dr Mahathir berkata demokrasi bukanlah satu sistem yang boleh disesuaikan dengan semua orang.
"Anda perlu ada sedikit persefahaman berhubung batasan demokrasi dalam usaha menjadikan ia boleh dilaksanakan," katanya. Dr Mahathir juga diminta mengulas mengenai keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di mana parti memerintah kehilangan lima negeri kaya kepada gabungan pembangkang dikatakan akibat perbezaan kaum yang diperjuangkan oleh beliau semasa pentadbirannya.
"Saya tahu itu cuma andaian pengkritik asing tetapi hakikatanya dalam keputusan itu, ia diakibatkan oleh rasa tidak puas para penyokong parti memerintah dengan keputusan-keputusan sekarang," kata beliau.
Beliau juga mempertahankan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan penyebab kekalahan, dengan menyatakan ia adalah langkah perlu bagi membetulkan ketidakseimbangan yang wujud semasa penjajahan British.
Mengenai soal berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata jika Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau dialu-alukan untuk menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh mengenai apa yang dipanggil salahlaku beliau (Dr Mahathir).
"Beliau dialu-alukan berbuat demikian, tetapi saya harap beliau mendapatkan orang yang neutral, yang tidak berat sebelah, mungkin orang luar kerana saya tidak mempercayai orang yang mereka letakkan menjaga orang yang mereka tidak suka," kata beliau.
Dr Mahathir juga ditanya sama ada beliau kesal dengan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar.
"Mengapa saya mesti kesal, beliau ditangkap di bawah undang-undang negara, beliau dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah, jika beliau tidak bersalah, saya tidak fikir tidak kira apa anda fikir mengenai kehakiman kami, saya tidak fikir beliau dihukum penjara," kata beliau.
Mengenai sistem kehakiman di Malaysia, Dr Mahathir dengan tegas menafikan beliau melantik hakim-hakim di Mahkamah Agung dan menyatakan beliau sentiasa percaya terhadap sistem itu.
"Saya tidak melantik hakim-hakim, hakim-hakim dilantik oleh Ketua Hakim Negara, dan tugas saya ialah untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai sebarang rekod, dan selepas itu ia dipersembahkan kepada Agong yang kemudian melantik hakim-hakim," jelas beliau.
Mengenai langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan bayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat semasa pentadbirannya beliau (Mahathir) menyifatkannya sebagai "tindakan politik".
"Ia tindakan politik, sesuatu bagi seseorang yang menjadi begitu tidak popular sekarang mahu menunjukkan beliau perlu melakukan sesuatu yang betul," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga menuduh Abdullah menggunakan sistem dengan cara seteruk mungkin.
"Tidak ada orang boleh menyatakan sesuatu yang menentang beliau, beliau mempunyai surat khabar yang melaporkan sewajarnya mengenai diri beliau dan tentang betapa hebatnya beliau, dan beliau dikelirukan oleh penyokongnya sendiri untuk mempercayai yang beliau akan menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.
Ditanya mengapa beliau memilih Abdullah sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata, "Orang-orang ini, mereka bijak dalam menyembunyikan sifat sebenar, beliau dikenali sebagai Mr Clean dan saya fikir saya perlu melantik seseorang yang bersih menggantikan saya... walaupun beliau bukan seorang yang mempunyai undi terbanyak (sebagai naib presiden) dalam parti, tetapi saya fikir beliau lebih tua dan saya lantik beliau dengan memikirkan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang salah".
-- BERNAMA
Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?
Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?
Tue | Feb 14, 06 | 06:15:44 PM
Oleh Ekmal YusofIPOH, 14 Feb (Hrkh) - Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.
Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.
Mufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM di sini pada jam 2 petang tadi.
Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.
"Ini tidak termasuk lagi individu-individu yang langsung tidak bersolat, tidak berpuasa dan menentang semua hukum Islam," katanya.
Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian.
Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali terikut dan percaya kepada satu hukum rekaan baru yang pasti menyesatkan.
Pertama, katanya, ada orang sekarang menyuruh sembahyang hanya dua rakaat saja untuk mengikut cara Nabi Ibrahim a.s. Dan kini sudah ada pihak menyatakan mengucap menyebut dengan Nabi Muhammad s.a.w. seperti biasa dibuat itu, kata mereka adalah 'salah'.
Kepimpinan Islam
Akidah–hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap Rukun Iman yang enam yang pasti ditanya diakhirat. Yang berjaya memimpin dengan baik akan ke syurga dan yang tersasar akan ke neraka.
Syarak–mengakui dan menurut setiap syariat dan undang-undang yang diperuntukan oleh Allah didalam sumber teragung iaitu kitab Al-Quran dan Al-Hadith. Pematuhanya dikelaskan sebagai suatu ibadah seperti yang dikehendaki oleh Allah bahawa manusia itu diciptakan untuk tujuan beribadah.
Akhlak–ia adalah asas kepada kepimpinan Islam dan ianya mestilah bertunjang kepada aqidah dan syariat. Akhlak yang baik dan mulia secara langsung mencerna kepimpinan kearah kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt.
[Mustafa Daud, 1996]
Monday, April 21
Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik
| Oleh:Tuan Guru Abdul Hadi Awang | |
| Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.�Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama. Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80) Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah. Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah. Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya. Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80) Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80) Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir. Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80) Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka. Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka. "Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81) Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini. Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. "Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara. "Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82) Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman. Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh:harakahdaily |
Sunday, April 20
Tentang Khinzir/Babi : Hangpa Pikiaqlah Sendiri
Petikan daripada laman http://www.ismaweb.net/ISMA/PNphpBB2-printview-t-47-start-0.phtml juga menggariskan penyataan daripada beberapa pakar perubatan berkenaan dengan babi seperti berikut. Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:
• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis
Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”
Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.”
Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”
Kesan-kesan yang dinyatakan di atas bukanlah kes-kes baru kerana ia telah banyak berlaku di banyak negara termasuk negara kita sendiri seperti yang kita telah sedia maklum.
Kita juga tidak menafikan bahawa sumber makanan yang lain juga boleh membawa bahaya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan atau dengan diet tidak teratur. Tetapi ia tidaklah seperti bahaya yang dibawa oleh babi. Babi secara nyata dan jelas berbeza dengan sumber makanan lain.
Dalam kontek kerohanian pula, kita sedia maklum bahawa kita terdiri daripada badan(body) dan jiwa/roh(soul). Unsur-unsur kandungan babi dalam badan boleh mengurangkan perasaan malu (dalam melakukan perkara yang tidak elok) dalam diri seseorang selain daripada menyemai perasaan bongkak, tidak berperikemanusiaan dan tamak haloba. Tetapi ia tidak sampai ke tahap kita boleh mengatakan yang bahawa seseorang yang memakan daging babi dia semestinya berperangai begitu kerana ramai juga manusia yang tidak memakan babi berperangai yang tidak elok. Perangai buruk boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi kita boleh mengambil iktibar bahawa pengambilan unsur-unsur babi secara konsisten boleh mempengaruhi komposisi rembesan kimia dalam badan seterusnya mempengaruhi cara kita berfikir, perasaan dan tindakan kita. Salah satu tulisan yang dibuat mengaitkan babi dan kejiwaan telah dikarang oleh Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'.
Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.
Di peringkat global sekarang, banyak negara-negara cuba untuk mengurangkan pengambilan babi malahan Australia telah menguatkuasakan pengharaman penternakan babi di sesetengah tempat untuk mengurangkan jumlah babi. Jiran-jiran kita seperti Singapura dan Hong Kong juga telah dikatakan mengambil langkah untuk tidak membenarkan kemasukan babi hidup ke dalam negara mereka.
Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas adalah jelas kepada kita bahawa babi banyak membawa kepada keburukan dan ketidak harmonian. Jadi berbalik kepada isu babi di Malaysia amnya dan Selangor khasnya. Apakah pendekatan yang harus kita ambil terhadap isu babi ini? Kalau dilihat kepada aspek-aspek negatif yang di bawa angkara babi ini, adalah lebih baik diharamkan terus babi ini dalam bentuk apa pun baik penternakan, pembiakan dan pemakanan khasnya. Tetapi apakah wajar kita berbuat demikian? Jawapan kepada soalan ini adalah bergantung kepada tujuan aktiviti-aktiviti tersebut.
Dalam kontek penternakan, ia lebih kepada satu industri untuk tujuan komersial. Jadi bolehkah kita menghapuskan industri ini jika ia untuk tujuan komersial semata-mata. Jawapannya kenapa tidak. Tetapi bagaimana nasib terhadap penternak-penternak babi itu. Sebenarnya, jawapan itu telah ada. Kita lihat bagaimana kita menangani isu penanam-penanam tembakau atau isu-isu pengambilan tanah demi sesuatu tujuan. Kita boleh memberi pampasan dan menawarkan peluang-peluang lain. Jadi apakah pendekatan seperti ini tidak boleh dilakukan dalam isu babi ini? Jika kita boleh mempertimbangkan untuk membunuh babi bila keadaan mendesak seperti bila penularan wabak penyakit. Jadi dalam keadaan terkawal, kenapa kita tidak berkata untuk menghapuskan penternakan babi. Kita tidak perlu membunuh babi itu. Ia boleh dilakukan secara jualan pukal kepada pihak-pihak yang sanggup membelinya. Apakah kita dikatakan kejam bila berbuat demikian? Atau tidak kejamkah kita bila membiarkan sesuatu yang kita maklumi berbahaya dan boleh membawa mudarat biarpun dikatakan dibuat dalam keadaan terkawal terus berada dalam masyarakat kita? Tidakkah ia seumpama 'api dalam sekam'? Jika ia membawa kepada kebaikan dan amat perlu tidak mengapa, kita mungkin sanggup untuk mengambil risikonya. Tapi perlukah kita berbuat demikian untuk babi? Jawapannya TIDAK.
Dalam kontek kemasyarakatan dan intergriti, kita perlu memikirkan tentang jurang perbezaan. Kita seharusnya mengurangkan jurang perbezaan antara semua kaum. Dalam masyarakat Malaysia khasnya, penduduk Islam begitu menitik berat perihal soal halal dan haram. Babi seperti yang telah kita semua maklum dalam Islam merupakan unsur haram atau maaf untuk disebut merupakan najis berat. Jadi secara tidak langsung ini merupakan satu perkara yang mereka begitu pertimbangkan bilamana menghadiri majlis-majlis atau keraian yang melibatkan orang bukan Islam. Itu baru dalam kontek kehidupan harian. Bagaimana pula dalam kontek pertanian dan perniagaan bilamana petani-petani bukan Islam secara terang-terangan mengguna pakai dan menghasilkan produk-produk yang disenaraikan dalam kategori haram? Perlukah kita menggadaikan semua itu dengan menambahkan jurang perbezaan demi untuk memelihara babi?
Berdasarkan analogi di atas adalah perlu untuk mengurangkan bilangan babi seterusnya meniadakannya. Bukan untuk menstabilkannya kerana risiko untuk ia berkembang bakal terbuka luas. Semua telah tahu kadar pembiakan babi terlalu cepat dan tidak cerewet untuk hidup dalam apa keadaan sekalipun.
Tetapi bolehkah kita menghapuskan terus industri ini dalam masa yang singkat? Ya, jika semua penternak faham akan tujuan dan menerima alternatif dalam bentuk lain dan setuju dengan jumlah pampasan atau sebagainya yang diberikan.Tetapi ini mungkin tidak akan berlaku sepenuhnya kerana akan ada penternak yang tidak setuju dan berkemungkinan bertindak di luar batasan jika dipaksa. Jadi kepada mereka, syarat-syarat yang ketat seperti amalan kaedah sistematik adalah perlu dan had bilangan babi perlu dipatuhi. Konsep perladangan mereka juga perlulah bersifat tertutup jauh dari penempatan, punca air, takungan dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tindakan tegas perlu diambil jika ia tidak dapat dilakukan. Sistematik dalam skala yang besar dengan sistematik dalam skala yang kecil adalah dua perkara yang berbeza. Dalam perkara negatif jika terpaksa dilakukan adalah elok menggunakan skala kecil kerana lebih senang untuk diuruskan malah untuk ditiadakan.
Dalam kontek negeri Selangor, langkah kerajaan untuk menempatkan penternakan babi di satu tempat yang luas dalam skala besar walaupun dikatakan akan dibuat secara sistematik adalah tidak wajar. Ini kerana tahap risikonya adalah amat tinggi dan bakal mengundang pelbagai masalah. Kita belum lagi dapat menguruskan sebuah incinerator untuk buangan sampah. Apakah kita mampu menguruskan ladang babi berkeluasan 300 ekar? Kita tidak perlu bersikap 'Malaysia Boleh' dalam hal ini. Apa yang perlu ialah pendekatan untuk mengurangkan seterusnya meniadakan babi, bukan untuk menstabilkan jumlahnya apatah lagi menambah jumlahnya. Jika difikirkan dari segi keperluan apakah tiada makanan lain yang lebih berkhasiat dan ternyata bersih serta tidak menimbulkan sebarang keraguan. Cukuplah ia dijual sekadar untuk mereka-mereka yang tidak dapat meninggalkan langsung makanan itu atau untuk tujuan keraian dan bukan keperluan harian. Mengikut perangkaan, jumlah pelaburan yang bakal digunakan adalah RM 100 juta? Tidakkah lebih baik jika pelaburan sebegitu banyak digunakan untuk menjanakan sumber makanan lain seperti ikan, ayam, lembu dan sebagainya yang nyata jauh dari unsur was-was/haram dan dapat dimanfaati oleh semua pihak? Fikir-fikirkan lah. Tidak perlulah kita perjuangkan perkara yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah mengurangkan babi seminima yang mungkin kearah meniadakannya. Tidak perlulah kita ke German semata-mata untuk belajar pengurusan babi kerana pakar dalam negera pun ada yang tidak kurang hebatnya, mungkin untuk skala kecil. Dan ini pun yang kita perlukan untuk memenuhi kehendak mereka yang betul-betul berkeinginan terhadap babi. Kerana kita percaya tidak ramai orang yang tidak boleh hidup tanpa babi.
Berkenaan dengan kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan yang lepas. Persoalannya, apakah ia tidak boleh diubah?
Kita tidak boleh mengharamkan terus babi untuk dimakan oleh mereka yang menpunyai hak ke atasnya. Tetapi kita boleh untuk menggalakkan mereka untuk mengurangkannya atau meninggalkannya seperti juga arak dan judi. Jadi dalam isu ini tidak timbul isu untuk menidakkan hak kepada mereka yang berhak. Hak terus diberikan tetapi ia perlu dipastikan tidak menyusahkan dan menimbulkan keresahan kepada pihak lain. Hatta, dalam Islam sendiri pun dibolehkan untuk makan babi dalam keadaan darurat seperti kebuluran dan sebagainya. Sekiranya ini dapat dilakukan secara perlahan-lahan adalah diharapkan penggemar daging atau produk berasaskan babi dapat melupakan tabiat berkenaan. Bacalah laman ini http://hubpages.com/hub/porkhazards yang mengisahkan pengalaman seorang pelajar berbangsa Cina yang belajar di London berkenaan dengan babi.
Kemelut bekalan beras - Paras minimum
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, para pesawah yang menemuinya mendakwa mereka terpaksa menanggung kos tinggi bagi mengusahakan bendang pada masa ini.
Katanya, golongan berkenaan yang juga merupakan pengguna menghadapi bebanan ekoran kenaikan kos mengerjakan sawah termasuk harga racun, baja dan sewa bendang selain harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat.
Justeru, katanya, mereka menyifatkan harga padi yang dijual sekarang tidak lagi relevan dan perlu dinaikkan bagi membela nasib pesawah yang merupakan nadi kepada pengeluaran beras negara.
"Ramai petani datang menemui saya untuk meluahkan keperitan mengusahakan sawah dengan kos yang tinggi ditambah pula kenaikan kos sara hidup ketika ini. Mereka juga mempersoalkan adakah relevan sekiranya harga beras naik sedangkan harga padi masih di takuk lama?," katanya di sini hari ini.
Yusoff berkata, sekalipun harga minimum padi dinaikkan, ia tidak akan mempengaruhi harga beras di pasaran yang telah sedia naik ketika ini.
Menurut beliau, kenaikan harga beras hanya memberi keuntungan kepada pengilang dan pemborong beras, sedangkan para pesawah tidak mendapat apa-apa manfaat darinya.
"Sepatutnya nasib penanam-penanam padi yang perlu diberi perhatian kerana mereka mewakili kelompok penduduk yang besar terutama di negeri ini," katanya.
Menurutnya lagi, jika kerajaan menaikkan harga padi, ia bukan sahaja membantu pesawah menambah pendapatan mereka, tetapi secara tidak langsung mampu memberi perangsang kepada mereka untuk mengusahakan sawah dengan bersungguh-sungguh.
Harga Minimum Terjamin (HMT) padi kini ialah RM650 setan metrik. Dianggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 75,000 pesawah di seluruh Kedah dan menyum- bangkan 40 peratus kepada pengeluaran beras negara. - UTUSAN
Penangan blog
Penangan blog Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my [Photo]
MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.
Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.
Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
Blog media baru berpengaruh
KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.
Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik. Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.
Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.
Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.
Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog. Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.
Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.
Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.
Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.
Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.
Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.
Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.
Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.
Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.
Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.
Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.
Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.
Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.
“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.
Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.
Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.
Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri
LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.
Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.
Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.
Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.
“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.
Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.
Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.
Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.
Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.
Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.
Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.
Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.
Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.
Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya. Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my [Photo]
MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.
Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.
Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
Blog media baru berpengaruh
KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.
Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik. Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.
Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.
Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.
Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog. Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.
Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.
Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.
Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.
Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.
Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.
Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.
Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.
Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.
Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.
Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.
Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.
Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.
“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.
Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.
Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.
Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri
LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.
Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.
Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.
Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.
Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.
“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.
Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.
Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.
Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.
Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.
Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.
Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.
Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.
Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.
Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.







